Seorang anak lelaki iaitu AJ, 7 tahun di jemput hadir ke sidang bicara sebuah mahkamah kerana dia di katakan menjadi satu-satunya saksi kes bunuh yang melibatkan ibunya Amanda Lewis,35 tahun terhadap adik perempuan kandungnya Adrianna.
Menurut sang ibu, dia mengaku tidak bersalah membunuh anak perempuannya sendiri dan menyifatkan anak perempuannya itu lemas dalam kolam mandi kerana kemalangan. Namun begitu, pihak mahkamah beserta keluarga sangsi dengan keterangan suspek.
Suspek berkenaan di bicara dan di tahan di penjara untuk siasatan lanjut dan berita ini telah mendapat liputan meluas pihak media.
AJ ketika berada di kerusi saksi, dia pada awalnya tidak dapat mengecam wajah ibunya yang sudah lama di tahan di penjara namun akhirnya menangis melihat kelibat wajah sang ibu. Di situ, dia di minta untuk memberikan keterangan tentang apa yang dia lihat.
AJ menceritakan bahawa ibunya marah akan adik perempuannya dan meletakkan tangannya pada muka sang adik dan membenamkannya ke dalam kolam air. Menurut nenek pula, cucu perempuannya itu memang agak nakal kerana menghidap sejenis penyakit. Kenakalannya itu membuatkan Amanda sering hilang sabar.
AJ turut membuat lakaran dan lukisan bagaimana kejadian berlaku dan dia juga menulis perkataan “So bad” menandakan kejadian itu sangat mengerikan baginya. Kisah itu telah meruntun hati ramai orang dan ada juga yang mahukan kedua-dua ibu dan anak melalui ujian menggunakan alat mengesan penipuan.
HALAMAN SELANJUTNYA: