Ibu Ini Hanya Menyangkakan Anak Selesema, Rupa-Rupanya Anaknya Telah Mengalami Keracunan Gas Karbon Monoksida Dari Peti Ais Sehingga Maut..


Kanak-kanak maut kerana keracunan gas karbon monoksida dari peti ais

Hati-hati ibu bapa semua! Kes kanak-kanak maut kerana keracunan semakin meningkat.

Tempoh hari, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun maut apabila terhidu gas karbon monoksida yang bocor dari peti ais.

Sudahlah si ibu mulanya menyangka anaknya itu hanya selesema!

Kejadian berlaku di Alaska. Sepasang suami isteri menyewa sebuah kabin untuk bercuti dengan anak-anak mereka. Mereka membawa 2 anak lelaki dan perempuan.

Matt dan Sarah Klebs tidak menyangka percutian tersebut bertukar menjadi tragis! Anaknya – Gavin maut. Namun, Caroline (8 tahun) pula berjaya diselamatkan.


Kisahnya begini…

Selepas seharian di kabin tersebut, Gavin mula muntah-muntah. Caroline pula mengalami sakit kepala.

Sarah memberi ubat pada anak-anaknya dan menidurkan mereka.

Tapi alangkah terkejutnya Matt malam itu apabila mendapati isteri dan anak perempuannya tak beri sebarang respon atas katil, dan Gavin telah meninggal dunia!

Selepas siasatan, polis mendapati punca kematian adalah sebab peti ais yang bocor di dapur. Peti ais tersebut membebaskan gas karbon monoksida yang beracun!

Sarah dan Caroline masih dirawat di hospital Seattle. 
Keracunan gas karbon monoksida – bahaya yang tak disedari!

Karbon monoksida atau CO terkenal sebagai “pembunuh senyap” sebab gas ini tak boleh dihidu, dilihat atau dicium. 

Ia boleh menyebabkan keracunan hingga meragut nyawa!

Gas karbon monoksida terhasil apabila bahan api seperti dapur gas, minyak, pemanas air, kayu dan arang terbakar. Apabila ia terbakar dengan tak betul, gas karbon monoksida akan dibebaskan. 

Barang-barangan di dapur yang tak dijaga dengan betul juga boleh menyebabkan keracunan karbon monoksida ini! Antara barangan dapur yang perlu dijaga adalah:

  1. pemanas air
  2. dapur gas
  3. sistem pemanas 
  4. periuk nasi
  5. peti ais
  6. pembakaran secara terbuka
  7. barbeku dalam tempat tertutup
  8. hidupkan enjin kereta 

Sebenarnya, keracunan akibat gas ini berbahaya untuk semua orang.

Tapi bayi, kanak-kanak, wanita hamil, pesakit jantung dan pesakit asma lebih terbuka untuk menghadapi risiko yang lebih teruk. 
Tanda-tanda mangsa terkena keracunan karbon monoksida

Biasanya, mangsa yang keracunan karbon monoksida akan nampak seperti sedang selesema, keracunan makanan dan demam. 

Tapi, selesema tak menyebabkan demam!


Jadi, peka dengan tanda-tanda ini:

  1. Sakit kepala 
  2. Pening
  3. Rasa sakit dan asyik muntah
  4. Kepenatan
  5. Keliru
  6. Sakit perut
  7. Sesak nafas

Tanda-tanda ini mungkin akan berkurangan jika anda semakin berjauhan dengan punca kebocoran.

Tapi, anda kena cepat mencari di mana kebocoran karbon monoksida terjadi untuk elak perkara lebih buruk

Bagaimana nak elak kes kebocoran gas karbon monoksida?

Ada baiknya anda menyediakan aliran pengudaraan yang baik di dapur dan di bilik mandi yang ada pemanas air.

Anda juga disarankan untuk buat barbeku atau bakar makanan di ruangan yang terbuka. Jangan bakar di tempat yang tertutup!

Satu lagi, mungkin anda boleh beli penghirup asap di dapur, bagi mengurangkan karbon monoksida ketika memasak.

Sudahlah dapur dalam ruangan sempit kan!

Pastikan anda sentiasa periksa peralatan gas di rumah. Cuci dan bersihkan ia secara rutin.

Semoga kejadian seperti ini dapat dielak. Sama-sama kita berhati-hati, ya!

HALAMAN SELANJUTNYA:


close[CLICK 2x UNTUK MENUTUP]