'Bank Itu Pun Tak Pernah Jejak Kaki, Mana Datang Pula Loan RM50k?' - Hati-hati, Scammer Kini Mencari Mangsa


Semenjak kebelakangan ini, ramai yang menerima panggilan yang mendakwa kononnya dari pihak bank, memaklumkan bahawa mereka mempunyai tunggakan bayaran pinjaman bank yang dipinjam dari bank tempatan. Padahal, ada yang langsung tidak pernah pun melakukan sebarang urusan dengan pihak bank berkenaan. 

Tidak terhenti di situ, kegiatan yang dipercayai sindiket peras ugut itu juga menghubungi nombor telefon pejabat dan menyasarkan mangsa-mangsanya secara rambang demi meraih wang mudah dari mangsa yang mudah terperdaya. 

Dalam kes baru-baru ini, seorang wanita terkejut apabila dia dimaklumkan mempunyai tunggakan sebanyak RM3,375. Bukan itu saja, dia juga didakwa merupakan suspek utama dalam kes pengubahan wang haram dan dadah. 

"Dimaklumkan anda mempunyai tunggakan pinjaman peribadi dengan Hong Leong Bank selama 3 bulan sebanyak RM3,375"

Perghhh!! Bank Hong Leong pun saya tak pernah jejak kaki, dari mana pula datangnya loan ini? Lebih kurang jam 2 petang tadi, saya dapat panggilan dari bank yang katanya saya ada tunggakan loan. Katanya lagi, nombor kad pengenalan saya ada buat loan RM50,000 pada 3 Jun 2017 lalu dan permohonan itu dibuat menggunakan alamat di Kuala Lumpur. Selepas bersoal jawab dengan pegawai bank berkenaan, dia meminta saya untuk membuat laporan polis di IPD Bukit Aman dalam masa sejam. 

"Eh, hello? Saya duduk di Johor. Kalau nak buat report, baik saya pergi buat report di Johor Bahru saja, lagi senang."

Kemudian pegawai bank itu kata, kalau saya buat laporan polis di Johor Bahru, ia akan mengambil masa dalam 3-4 hari untuk pihak polis memaklumkan kepada pihak bank jika benar butiran saya telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu. Jadi, untuk membantu dengan lebih cepat, dia tolong sambungkan panggilan saya ke IPD Bukit Aman. 

Saya pada mulanya percaya sebab mungkin sebelum ini sudah ada kes seperti ini. Jadi, mungkin pihak bank sudah bekerjasama dengan pihak polis untuk menangani kes-kes seperti ini. 

Dipendekkan cerita, bermulalah episod bersoal jawab dengan polis Bukit Aman. Saya jelaskan semua kepada pegawai berpangkat sarjan yang mengambil laporan itu. Kemudian dia kata, dia telah menyemak nama dan nombor kad pengenalan saya dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan mendapati nama saya adalah suspek utama dalam kes pengubahan wang haram dan dadah. 

"HARAM JADAH BETUL!"

Saya kononnya ada rakan sindiket bernama David Tin yang telah ditangkap baru-baru ini, Menurut pegawai itu lagi, semasa penangkapan itu, mereka menemui kad ATM Maybank yang didaftarkan di atas nama saya. Kad ATM itu dijual dengan harga RM10,000 kepada David. Entah mana datangnya makhluk itu kaitkan dengan nama saya pula. 

Klimaks cerita ini, sarjan itu kata dia ada waran untuk menahan reman saya selama 30 hari untuk membantu siasatan sama ada saya ini mangsa ataupun suspek. 

"Oi, kalau kau dah tahu aku suspek utama, kenapa perlahan sangat korang tak jumpa dan tangkap aku di sini? Suspend betullah korang ni."

Dipendekkan cerita lagi, katanya kalau tidak mahu ditahan reman, saya perlu membayar duit jaminan yang mana wang bayaran itu perlu dihantar ke IPD Bukit Aman sebanyak RM2,000. 

"Tetapi puan tinggal di Johor, kan? Jadi puan boleh transfer ke akaun sementara sebelum dihantar ke mahkamah tinggi," katanya. 

"Oi! Mahkamah Tinggi, kau! Dah kenapa pula wang jaminan nak diberi kepada hakim pula?"

Tengah stress dengan panggilan itu, anak-anak terbangun dari tidur dan mula mencari saya sebab dia lapar. Saya minta sarjan berkenaan menghubungi saya seketika nanti kerana saya perlu menguruskan anak-anak. Sebaik saja menamatkan panggilan, saya terus menghubungi suami yang berada di tempat kerja dan meminta dia pulang, sambil menangis-nangis.

Kemudian syaa menghubungi sepupu yang bekerja sebagai inspektor di IPD Kuantan dan saya jelaskan pada dia apa yang berlaku. Dia kemudian mengambil nombor kad pengenalan saya dan meminta rakannya di Bukit Aman buat semakan. 

It's a scammer! Nama saya tiada pun dalam senarai orang dikehendaki. Memang sudah banyak aduan sebenarnya dan ia melibatkan orang dalam juga. Sebenarnya, nombor yang menghubungi saya itu sememangnya nombor dari pihak bank berkenaan. Saya juga telah menghubungi pihak Hong Leong Bank dan menceritakan mengenai loan yang didakwa itu. Pihak bank kata, memang scammer itu telah menggunakan nama bank mereka. 

Tetapi seriously lakonan scammer-scammer itu menjadi. Well trained sebagai penipu atau penyamun online. Tetapi mujur otak saya ini bergeliga juga. Macam-macam saya disoal oleh 'sarjan' sengal itu. 



Atas nasihat sepupu, saya telah membuat laporan polis agar orang lain tidak menjadi mangsa kes seperti ini. Semasa saya membuat laporan polis itu, polis memaklumkan sudah ada tiga laporan kes yang sama. 

Berhati-hatilah semua. Scammer ada di mana-mana. Mereka akan buat macam-macam cara untuk menipu sebab itu kerja dan kemahiran mereka. Semoga tiada di kalangan kita yang terperdaya atau terjebak. 

Sumber: Siti Zaimah via The Reporter
HALAMAN SELANJUTNYA:


close[CLICK 2x UNTUK MENUTUP]