Dari saat berkenalan, berputik rasa suka dan hingga membawa ke perkara yang lebih serius iaitu perkahwinan. Tapi, apa tanda-tanda si lelaki dah ready untuk pilih kamu sebagai pasangan hidupnya? Inilah 10 tanda yang kamu harus tahu bila si dia bersedia untuk menjadi suami kamu.
1. Berperangai budak-budak, kadang-kadang menangis di depanmu.
Pabila dia selesa dan serasi dengan kamu, kamu akan lihat sikap kebudak-budakan yang tersembunyi di dalam dirinya.
2. Dia masih mencari masa untuk kamu, walaupun dalam jadual kerja yang padat.
Bukan senang untuk ‘perform’ dalam kerjaya dan relationship dalam masa yang sama, tapi si dia sanggup mengorbankan masa rehatnya untuk meluangkan masa bersama kamu. Sibuk mana pun jadualnya, pasti ada masa untuk diluangkan untuk kamu.
3. Ajak kamu ke kenduri kawan.
Sebenarnya, ini adalah ‘hint’ yang jelas untuk kamu bahawa kamu adalah calon terbaiknya untuk dikahwini.
4. Sembang pasal vacay, tentu ‘seronok’ kalau kamu ada
Kalau berbicara tentang percutian, tentu dia akan ingat pada kamu atau menyimpan cita-cita untuk pergi ke suatu tempat bersama kamu.
5. Setiap apa yang dia buat, tentu kamu tahu
Andai si dia nak buat apa-apa, dia tentu akan inform pada kamu supaya kamu tahu ke mana dan apa yang dia akan buat pada hari-harinya.
6. Tak segan bawa kamu jumpa keluarga dan rakannya
Komitmen paling tinggi adalah memperkenalkan kamu pada orang yang rapat dalam hidupnya. Something wrong kalau kamu tak dikenali oleh ahli keluarga atau rakan-rakannya.
7. Tak berkira bila nak spend duit
Keutamaan untuk kamu, biarpun bajunya tak berganti. Dia nak kamu dapat apa yang terbaik dan happy. Tak semestinya barangan yang dia beli mahal, ikut kemampuan yang dia ada.
8. Tiba-tiba je nampak macam ada ‘wawasan’
Dalam diam, dia berkerja keras untuk mencari pendapatan lebih, yelah nak berumah tangga bukan senang.
9. Beli barang untuk kamu
Semua orang tahu bahawa lelaki susah nak beli barang. Tapi kalau kamu suka sangat pada barang tersebut, tentu dia akan belikan juga suatu hari nanti.
10. Kamu nampak diri dia yang sebenar.
Semua emosi dia kamu akan lihat, termasuk marah dan cemburu. Baguskah? Ye memang bagus kerana dia mahu kamu memahami dia. Pernah kamu tunjuk emosi kamu yang sebenar pada orang yang kamu tak rapat? Mesti tak kan. So, inilah ideanya.
Sumber : Remaja.my
HALAMAN SELANJUTNYA: