Kejam! Perut Wanita Mengandung 8 Bulan Di Belah Dan Bayi Dalam Kandungannya Di Culik Kemudian Mayat Dibuang Ke Dalam Sungai..


BAYI perempuan ini baru berusia beberapa hari tetapi dia telah mengalami kejadian paling tragis dalam hidupnya.

Ibunya, Savanna Lafontaine-Greywind, 22, telah dibunuh dan perutnya dibelah dalam usaha untuk menculik bayi berkenaan.

Mayat wanita yang berasal dari North Dakota itu telah dibuang ke dalam Sungai Merah dan hanya ditemui minggu lepas, setelah hilang 19 Ogos lalu.


Ketika itu, Savanna yang mengandung lapan bulan keluar dari rumah untuk melawat jirannya.


Pembunuh Crews, 38, dan kekasihnya, Eilliam, 32

Susulan itu seorang wanita, Crews, 38, dan kekasihnya, Eilliam, 32, telah didakwa membunuh, menculik dan memberikan kenyataan palsu kepada polis.

Bayi itu ditemui selepas Crews membawanya pulang ke rumahnya di sebuah apartmen dan menunjukkannya kepada orang ramai


Crews sebelum ini memberitahu polis bahawa mangsa telah memberikan bayi itu kepadanya namun akhirnya mengaku telah mengambil kesempatan ke atas Savanna dalam usaha menculik bayi dalam kandungannya.

Bayi itu kini dalam jagaan bapanya yang merupakan kekasih Savanna, Ashton serta ibu bapa Savanna.
HALAMAN SELANJUTNYA:


close[CLICK 2x UNTUK MENUTUP]