Tak Berhati Perut, Video Lelaki Sebat Warga Emas Dengan Rotan


Biadap dan melampau itulah perkataan yang boleh dikatakan apabila menonton video yang tersebar baru-baru ini.

Video tersebut memaparkan seorang warga emas berusia 52 tahun mengeletar menahan kesakitan apabila dipukul oleh seorang lelaki yang dipercayai jirannya.

Walaupun tidak faham dengan apa yang diperkatakan oleh si pemukul sepanjang percakapannya, namun kami sungguh marah melihat perbuatannya yang boleh dikatakan sangat melampau.


Di awal video tersebut, kelihatan seorang wanita berusia yang mengenakan gaun pendek berwarna biru cuba menghalang dan melindungi warga emas tersebut.

Namun si pemukul memaksanya ke tepi dan menyuruh mangsa duduk di tengah.

Mangsa kelihatan reda dengan apa yang terjadi malah cuba menerangkan sesuatu sambil menggunakan isyarat tangan menunjuk di kawasan kepala.

Tanpa berfikir panjang lelaki berbaju putih itu segera memukul warga emas tersebut di bahu menggunakan sebatang rotan tebal.

Warga emas tersebut terus rebah dan kelihatan seperti terdiam seketika. Namun si pemukul terus memukul sehingga mangsa menggigil menahan kesakitan.

Keadaan menjadi bingit apabila kanak-kanak di sekeliling dan wanita menjerit serta menangis melihat apa yang terjadi.

Malah lebih menyedihkan, warga emas terbabit turut kelihatan turut menjerit menahan kesakitan.

Si pemukul tidak berhenti di situ, dia turut mengetak dengan menghalakan rotan ke arah mangsa. Namun si mangsa hanya mampu mengerakkan tangan dan membuat isyarat “tidak”.


Beberapa saat selepas itu, mangsa segera duduk terbongkok menahan kesakitan. Namun wajahnya kelihatan seperti sedang cuba untuk bertenang dan tidak melakukan sebarang tindakan yang melulu.

Bagaimanapun dia tetap memegang bahunya yang sedang kesakitan. Warga emas terbabit kelihatan sangat lemah dan terumbang ambing untuk berdiri.

Melalui sebuah posting di Facebook, kami difahamkan perkara ini terjadi di Klang dan kini pihak berkuasa sedang memburu individu tidak bertanggung jawab ini.

Malah, posting tersebut turut memberitahu mangsa telah membuat laporan polis tentang isu ini di Bandar Baru Klang beberapa hari lepas.

Haishhh memang menakutkan, macam-macamlah orang zaman sekarang ni.


Sumber: Media Hiburan
HALAMAN SELANJUTNYA:


close[CLICK 2x UNTUK MENUTUP]