Sejak semalam telah viral sebuah video dimana seorang gelandangan menyanyi. Video yang dirakam oleh seorang gadis berdurasi 14 minit itu memaparkan seorang gelandangan yang menyanyi bersama-sama sebuah kumpulan buskers menghiburkan orang ramai yang berada di sekitar Bukit Bintang.
Video tersebut menjadi viral sehingga ditonton hampir 1.3 juta tontonan. Dan rata-rata netizen tertanya siapakah gerangan gelandangan itu yang mempunyai suara yang lunak merdu.
Ramai yang menonton terpesona dengan kebolehan lelaki tersebut menyanyi. Ada segelintir netizen beranggapan bahawa lelaki tersebut adalah penyanyi terkenal iaitu Hazama berdasarkan lenggok suara dan cara nyanyian lelaki itu.
Namun tidak dapat dipastikan bahawa lelaki tersebut adalah benar-benar Hazama atau tidak disebalik imej berjambang dan tidak terurus itu.
Mungkin juga ini adalah salah satu sosial eksperimen dari Hazama untuk menghiburkan orang ramai tanpa disedari oleh peminat beliau.
Sehingga kini, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dari Hazama mengenai video yang viral itu. Namun, Hazama atau tidak suara lelaki dalam video ini memang merdu dan patut diberi sokongan
HALAMAN SELANJUTNYA: