Wajah Sugul Atlet Korea Utara Yang Hanya Berjaya Mendapat Pingat Gangsa Menceritakan Segala-galanya


Sukan Universiti Musim Panas Dunia 2017 (Universiade) yang diadakan di Taipei, Taiwan mencatatkan kontinjen daripada China memenangi tujuh pingat emas sekali gus memecahkan rekod mereka sebelumnya.

Memenangi pingat mewakili negara merupakan satu penghargaan bagi semua atlet ini tetapi sewaktu acara penyampaian hadiah bagi acara angkat berat wanita, pemenang gangsa yang mewakili Korea Utara ini tidak langsung kelihatan gembira dengan pencapaiannya.


Sebaliknya, dia kelihatan amat sedih walaupun berjaya melayakkan diri ke tempat ketiga. Kesedihan yang terpampang di wajah gadis ini bukan setakat kesedihan kerana tidak berjaya mendapatkan pingat emas tetapi kesedihan kerana memikirkan apa yang akan berlaku kepada dia dan keluarganya apabila pulang ke Korea Utara nanti.


Menurut seorang netizen bernama Kim-Hyeong-soo yang berjaya keluar dari Korea Utara pada tahun 2009, jika seorang atlet negara menyertai sukan antarabangsa yang besar dan gagal membawa pulang pingat emas, mereka mungkin akan dihantar ke kem buruh paksa dan dijadikan sebagai hamba.

Bukan sahaja para atlet, jurulatih mereka juga akan berhadapan dengan perkara yang sama! Tetapi, jika atlet tersebut memenangi pingat emas, dia akan dijulang dan diraikan serta ditaja dengan jumlah wang yang banyak sepanjang tempoh latihan atlet tersebut.

Gambar di bawah menunjukkan seorang atlet Korea Utara yang gagal mendapatkan kedudukan pertama hampir menangis dan kelihatan sugul sewaktu upacara penyampaian hadiah di Sukan Olimpik yang lalu.


Patutlah mereka semua kelihatan sedih dan tidak gembira dengan kemenangan tersebut. Mari kita doakan agar segala-galanya baik-baik sahaja buat mereka semua.

Sumber: ERA BARU
HALAMAN SELANJUTNYA:


close[CLICK 2x UNTUK MENUTUP]