Apakah Bentuk Kuku Anda? Ketahuilah Bentuk Kuku Anda Ada Terkandung Maksudnya Yang Tersendiri.


Betapa indahnya ciptaan tuhan, walaupun populasi manusia dalam dunia ini ada lebih kurang 7 billion manusia. Tetapi setiap satunya adalah berbeza daripada yang lain. Daripada sekecil-kecil bentuk hingga yang besar, semuanya berbeza.

Tetapi ada beberapa persamaan dalam bentuk tubuh manusia, mungkin persamaan ini tiada pada teman-teman berdekatan dengan anda. Tetapi sudah pasti ada seseorang di dunia ini yang akan berkongsi persamaan itu dengan anda.

Kerana ada beberapa kajian telah menunjukkan bentuk kuku tangan anda mengandungi personaliti nya yang tersendiri. Tetapi ini hanya sekadar kajian, anda boleh ambil sebagai panduan. Jika tidak mahu, terpulang lah pada diri anda sendiri.

1. Kuku yang lebar, panjang, dan berbentuk segi empat sama sisi.
Anda seorang yang tenang, berdikari dan pemikiran yang terbuka. Anda seoarang yang boleh di harapkan, malahan anda juga sentiasa rasa bertanggung jawab terhadap apa yang anda cakap dan lakukan. Anda ada ciri-ciri seorang pemimpin.

2. Kuku yang kecil dan petak
Seorang yang peka, amat mudah untuk bertoleransi dengan orang lain dan selalu menjadi pusat bantuan untuk orang lain. Cenderung untuk menjadi seorang yang tamak dan ganas, malah agak kuat rasa cemburunya.

3. Kuku yang panjang dan halus.
Seorang yang tinggi egonya. Suka mengambil segala peluang yang ada dan bijak dalam meneka perbuatan orang lain. Seorang yang suka kepada perhatian dan populariti. Senang rasa tersinggung terhadap kelakuan orang lain terhadap diri nya.

4. Kuku pendek dan comel
Seorang yang panas baran dan kurang sabar, tetapi amat licik dalam perbuatannya. Orang yang berkuku pendek dan comel ini seorang yang akan menuntut apa sahaja untuk dirinya dan juga orang di sekelilingnya. Beliau juga akan cuba sebaik boleh untuk memastikan sesuatu itu sempurna bagi dirinya.

5. Kuku berbentuk kacang almond
Seorang yang lemah lembut dan romantik. Orang seperti ini suka membantu orang lain kerana dia lebih suka menjadi orang yang berguna kepada orang lain. Sangat-sangat sentimental dan mudah tersinggung perasaannya.

6. Kuku bentunk tiga segi
Seorang yang kreatif dan artistik. Tetapi mempunyai personaliti yang rapuh dan amat mudah berubah hati dan perasaan. Sentiasa meraksan dirinya terpinggir dan senang untuk mendapat tekanan jiwa. Mereka ini inginkan perhatian dan ingin menjadi terkenal dan mereka benci kepada kekalahan.

Sumber: Nakbebel
HALAMAN SELANJUTNYA:


close[CLICK 2x UNTUK MENUTUP]