Pasangan pengantin baru Laudya Chyntia Bella dan Engku Emran kini telah sah menjadi pasangan suami isteri.
Persandingan mereka telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada Jumaat (8/9), dan mendapat perhatian banyak perhatian pihak.
Banyak yang ingin tahu kehidupan Bella dan Engku setelah sah menikah. Ramai juga yang berharap Bella dapat menjadi isteri yang baik bagi Engku, begitu juga sebaliknya.
Ada saat manis tercipta setelah Bella dan Engku rasmi menjadi pasangan suami isteri. Saat manis tersebut telah dimuatnaik oleh @asnawa85ac.
Dalam gambar tersebut, Engku juga dilihat sedang sibuk melayan telefon pintarnya. Sementara itu Bella pula dibelakangnya dilihat sedang menyikat rapi rambut suaminya.
“First day wife on duty. Hari pertama mereka berdua telah menjadi suami isteri semoga bahagia selalu, harus kerap bersama walaupun sudah jadi nenek dan datuk, may Allah ease for you both amin,” tulis akaun @asnawa85ac.
Saat – saat romantik pertama Bella dan Engku ini diserbu oleh ribuan peminat dari laman sosial. Ramai netizen, malah jadi bersemangat melihat saat – saat romantik mereka berdua.
“Lebih bersemangat dari Raisa Hamish ini, romantis itu ditunjukkan tidak hanya dengan ciuman,sambungnya @fazlina_anindya.
“Buat mood pagi ini jadi bagus bila lihat begitu. Semoga aku segera menyusuli, teringin nak menyikat rambut suami juga,” balas akaun @adeliaudhulil.
Semoga hubungan Laudya Chytia Bella dan Engku Emran kekal hingga ke jannah, Amin.
Sumber: Hanasuva.com
HALAMAN SELANJUTNYA: