Pada Julai yang lalu, tersebar kontroversi di sosial media apabila Aliff didakwa mengasari Bella di pusat karaoke. Tapi itu perkara silam, kini mereka hidup bina dan mula hidup baru. Rumahtangga mereka lebih bahagia dengan kehadiran baby Ayden Adrean. Selepas majlis akikah dan kesyukuran, semalam mereka meraikan ulangtahun perkahwinan mereka.
Akan jaga tingkah laku dan maruah
Happy 1st Anniversary ?? Dalam setiap alam perkahwinan kita pasti akan merasai kepahitan. Susah, senang, kebahagian, kedukaan pasti akan singgah dalam kehidupan kita. Sama ada kita redha atau sebaliknya. .
Tanpa huraian mendalam pun, sudah ada satu tanggapan atau persepsi bahawa membina rumahtangga itu punya maksud yang suci murni dan nilai yang tinggi hingga dikatakan sebagai membina masjid. .
Dan saya sebagai isteri, akan saya jaga tingkah laku dan maruah saya sebagai seorang wanita dan juga isteri. Jika kita ingin dihormati, cerminlah diri kita dan lihat diri kita. Wanita harus menjaga maruah dan lebih mahal (maksud saya sukar didekati, sopan santun dan baik budi bahasa?????) . .
Semua orang diduga ketika bercinta, bertunang dan berkahwin. Kalau ada yang berkata perkahwinan mereka bahagia sempurna tanpa cacat cela maka alhamdulillah buat mereka.. tetapi jika ada yang diuji kuatkan lah diri demi orang tersayang terutamanya keluarga. .
‘Saya harap awak lebih matang suamiku..’
When someone cheats on you, your mind and emotions scream at you to hate, punish and never forgive. It’s hard to let go of those feelings. Nonetheless, forgiving someone for cheating will actually benefit the faithful person more than the cheater. The anger we feel after infidelity is like a poison that lives in us. .
Pertahankanlah perkara yang sudah halal dan milik kita. Ingatlah bahawa apa yang kita lakukan pada orang lain, akan berbalik pada diri kita.
Entah yang menerima balasan ialah dirinya, atau anaknya, cucunya, atau kalau tidak terbalas, maka pembalasan tidak terampun akan terjadi di alam seterusnya.. wallahulam. .
Jangan kita sanggup melakukan apa sahaja demi terlepas salah kita di mata dunia kerana Allah s.w.t maha berkuasa. INGAT bahawasanya, Allah s.w.t melihat dan mendengar segalanya. .
Saya harap awak lebih matang suamiku @aliffaziz91 , sama2 lah kita jaga ‘masjid yang di bina’ biarpun ada yang ingin mengoyahkan. Lakukan perkara2 yang baik dan dekatkan lah diri dengan Allah s.w.t inshaAllah akan dilindungi-Nya. Amiin yra..
Sumber: OHBULAN
HALAMAN SELANJUTNYA: