Kerana Muflis, Hana Elite 2 Tahun Tak Jumpa Anak


Gara-gara kegagalan Watie Elite menjelaskan bayaran pinjaman sehingga dia diisythiharkan muflis, Hana Elite menjelaskan bahawa perkara tersebut membawa pelbagai lagi masalah kepadanya termasuklah tidak dapat berjumpa dengan anaknya sendiri yang kini menetap di London.

“Kejadian itu bukan sahaja menyebabkan saya diisytiharkan muflis tetapi banyak masalah lain terpaksa saya tanggung!

“Banyak benda saya hilang dan paling buat saya sedih, sudah dua tahun saya tidak bertemu anak-anak kerana tidak boleh ke luar negara”

“Bayangkan perasaan saya sebagai seorang ibu yang tak dapat bertemu dengan anak-anak kerana kesalahan orang lain,” kongsinya kepada mStar Online.

Sementara itu menurut Hana, tuntutan asal (dua tahun lalu) dianggarkan sekitar RM300,000 namun jumlah itu meningkat selepas ditafsirkan termasuk kadar faedah selepas dia memfailkan saman penghutang penghakiman pada 18 Mei lalu.

Malah peguam Hana telah menyerahkan sendiri surat kepada Watie sendiri malah Hana sendiri menjelaskan bahawa dia sudah membuka ruang untuk mereka berbincang namun ia sudah tertutup kerana Watie pernah diberi peluang berbuat demikian namun mensia-siakannya.

“Saya sudah serik! Tiada lagi peluang untuknya dan biarlah mahkamah sahaja yang putuskan,” katanya

Sumber: ROTIKAYA
HALAMAN SELANJUTNYA:


close[CLICK 2x UNTUK MENUTUP]