Eh apa dah jadi? Dalam keseronokan Nedim melayari kebahagiaan rumah tangga bersama Nora Danish, tiba-tiba malam semalam Nedim telah mengejutkan ramai netizen apabila meninggalkan komen yang cukup menyentuh perasaan di akaun pereka pakaian terkenal Jovian Mandagie.
Baru-baru ini Jovian ada memuat naik sekeping gambar print screen video call antara dirinya bersama Dre iaitu anak kepada Nedim melalui aplikasi Skype di Instagram malah Jovian turut memberitahu perbualan tersebut telah membuatkan dia rasa sungguh gembira.
Namun semua itu terhenti apabila Nedim merasakan Jovian sungguh bertuah kerana dapat bercakap dengan anak kandungnya kerana dia sendiri tidak berkesempatan untuk melakukan perkara tersebut.
Tidak terhenti di situ, Nedim yang terlalu sedih telah muat naik status di Insta Storie miliknya dengan berkata dia reda dan berserah dengan apa sahaja yang ditakdirkan namun menganggap individu yang cuba menjauhkan dirinya dengan darah dagingnya sendiri itu sungguh keji.
Malah Nedim juga meluahkan kekecewaan yang terbuku dalam hatinya dengan berkata janganlah mengambil kebahagiaan orang lain semata-mata ingin puaskan hati, apatah lagi membalas dendam.
Simpati dengan nasib yang menimpa dirinya, ramai netizen mula memberi kata semangat dan respons terhadap isu ini.
Dalam masa yang sama, MH Online juga sempat singgah ke akaun bekas isteri Nedim iaitu Nabilah Khan untuk melihat apa yang terjadi sebenarnya, namun ini yang kami jumpa…
Jadi apakah yang terjadi sebenarnya? Hmmmm…
Walaupun agak kabur dengan apa yang terjadi, kami harap perkara ini dapat di atasi segera.
Sumber: MEDIA HIBURAN
Sumber: MEDIA HIBURAN
HALAMAN SELANJUTNYA: