Baru-baru ini seorang pemuda di Filipina telah makan di sebuah restoran makanan segera dan menjadi curiga apabila memerhatikan seorang lelaki yang pergi dari satu meja ke meja yang sudah ditinggalkan pelanggan dengan sisa makanan dan dia pergi membersihkannya.
KISAH SEBENAR BERSIH MEJA TANPA GAJI
Apa yang menghairankan, lelaki ini bukanlah seorang pekerja di restoran itu. Mengapa pula secara sukarela dia membersihkan meja dan sisa makanan di restoran itu tanpa dibayar gaji.
Setelah memerhatikan beberapa ketika, pemuda ini berasa tidak puas hati dan telah pergi kepada lelaki itu dan bertanya untuk mengetahui kisah sebenar mengapa dia berbuat demikian.
KUMPUL SISA MAKANAN UNTUK KELUARGA
Lelaki itu kemudian menerangkan yang sebenarnya dia bukan pekerja di restoran makanan segera itu. Dia hanya membantu membersihkan meja dengan mengangkat pinggan dan sisa makanan pelanggan yang masih boleh dimakan akan dikumpul dan diambil olehnya lalu dibawa pulang ke rumah untuk makanan ahli keluarganya.
Mendengar pengakuan lelaki itu, pemuda ini sangat terkejut. Bagaimana sisa makanan pelanggan di restoran itu boleh menjadi hidangan dan makanan satu keluarga yang lain.
Pemuda ini berasa sangat sedih dan bersimpati dengan nasib lelaki ini dan ahli keluarganya yang berada dalam keadaan kesempitan hidup sehingga terpaksa makan sisa makanan orang lain untuk meneruskan kehidupan.
VIRALKAN DIMEDIA SOSIAL
Lalu pemuda ini telah menyebarkan kisah lelaki ini di media sosial untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa ada di kalangan warga di dalam masyarakat mereka berada di dalam situasi terdesak seperti itu, dan hidup dalam kemiskinan tatkala ada antara mereka yang makan dengan membiarkan pembaziran berlaku.
Dalam sudut yang lain, pemuda ini berasa amat kagum dengan pengorbanan lelaki ini yang bertanggungjawab berusaha untuk memastikan keluarganya mendapat makanan setiap hari.
Pemuda ini menghormati pengorbanan dan keberanian lelaki ini dengan menebalkan mukanya bekerja dengan percuma membersihkan meja di restoran makanan segera itu tanpa diminta, sambil mengutip sisa makanan pelanggan untuk menjadi makanan keluarganya.
KUMPUL BANTUAN SEGERA DARI KEDAI
Pemuda ini berasa sedih dengan kesempitan hidup lelaki ini dan keluarganya. Kemudian dia yang berasa kasihan telah memberikan sedikit wang dan membelikan lelaki ini dengan makanan yang bersih untuk keluargannya.
Dia juga meminta pelanggan lain yang kebetulan berada di restoran itu supaya dapat menghulurkan bantuan semampu mereka kepada lelaki ini.
Lelaki ini tidak meminta dia diberikan bantuan. Sebaliknya dia bekerja secara percuma membersihkan meja dengan balasan mendapat sisa makanan yang masih elok yang boleh dijadikan makanan untuk keluarganya.
ELAKKAN PEMBAZIRAN
Bagi masyarakat yang hidup dengan kemewahan dan kesenangan, elakkan dari makan makanan yang kemudian dibuang dan dibazirkan.
Masih ramai golongan susah di luar sana yang berada dalam kesusahan mencari sedikit makanan untuk mengalas perut yang lapar.
Seeloknya makanan elok yang anda tidak mahu makan itu diberikan kepada golongan yang memerlukan. Sedikit makanan sudah cukup membuat mereka berasa gembira.
Sumber : http://kitaviral.com/
HALAMAN SELANJUTNYA: