Perghh Mewah! Villa RM10k Semalam Ini Jadi Pilihan Nazim Othman


Tersenyum meleret kami saat terlihat foto-foto percutian Nazim Othman bersama insan tersayang. Arghh cemburunya.

Kalau anda nak tahu, sekarang ini Nazim bersama isteri Bella Dally di Pulau Maldives. Keseronokan berganda apabila mereka berpeluang menikmati pantai yang indah dan kejernihan air laut yang memukau. Fuh! Memang syok.

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on


Percutian Nazim dan Bella di Maldives dikongsikan menerusi Instagramnya. Kemewahan dan keindahan tempat percutian itu yang seolah-olah terapung di tengah laut, dengan berkonsep rekaan terbuka dan pemandangan laut membiru membuatkan percutian berbulan madu mereka sangat bermakna.

Difahamkan percutian ini sempena menyambut hari setahun perkahwinan mereka. Villa mewah yang dipilih oleh pasangan ini cukup romantik. Lihat sahaj gambar-gambar di bawah ini.






Jika anda berminat, kos bermalam di resort berkenaan mencecah RM10 ribu semalam! Tidak semahal kos percutian Hanis Zalikha sekeluarga yang menimbulkan kecaman dari netizen dengan menuduh mereka riak.

Sumber: Agoda

Isu itu dipercayai timbul apabila ada netizen yang ‘menyiasat’ kos bermalam di resort berkenaan boleh mencecah RM60 hingga RM70 ribu semalam! Walaubagaimanapun, Hanis atau suaminya Hairul tidak pernah mendedahkan kos berkenaan di laman sosial mereka.

Terdahulu, timbul spekulasi mengatakan rumahtangga mereka sedang bergolak selepas Bella memadam semua gambar Nazim di IG akaun miliknya. Semoga dengan foto-foto ini dapat membuktikan bahawa cinta mereka berdua masih utuh.

Yang belum utuh adalah mulut-mulut netizen yang tak henti-henti beri spekulasi buruk.

Sumber: Hangat.com
HALAMAN SELANJUTNYA:


close[CLICK 2x UNTUK MENUTUP]