Remaja 14 Tahun Trauma Diculik & Digilir 40 Lelaki Dewasa


Tidak berhati perut, itulah kata yang sesuai bagi 40 lelaki dewasa yang merogol seorang remaja wanita 14 tahun secara bergilir di kampung Koh Read selatan thailand baru-baru ini.

Mangsa dalam laporan mendakwa kejadian berlaku apabila ibu bapanya keluar rumah menoreh getah pada waktu malam.Tiba-tiba kediamannya di datangi beberapa lelaki kemudian ditarik keluar dan dibawa kesebuah pondok.

Chanon Abdullah dari yayasan keamanan islam mengatakan jumlah suspek berdasarkan keterangan mangsa berjumlah 40 orang.

Soal siatan awal mendapati pada awalnya tiga suspek berasal dari kampung sama menculik mangsa dan digilir oleh 11 orang lelaki,Pada malam seterus antara 5 ke 7 orang.

Hal itu berlaku selama dua hari dua malam berturut turut hingga jumlah yang mangsa ingat sebanyak 40 orang.

Setakat ini 11 suspek telah ditahan termasuk seorang lelaki 57 tahun yang mengaku memberikan uang kepada suspek lain untuk meniduri mangsa.

Mangsa juga turut di ugut supaya mendiamkan diri jika tidak mahu keluarganya mendapat masalah.

Kini mangsa dalam keadaan trauma dan masih belum dapat memberikan keterangan yang lebih jelas mengenai kes berkenan.

Bagi penduduk kampung berkenan kejadian ini sangat di kesali memandangkan jumlah penduduk kampung itu hanya berjumlah 180 orang,sedangkan yang terlibat berjumlah 40 orang.Jika di ikutkan kira-kira seperlima daripada jumlah penduduk itu.

Ramai yang tertekan dan takut,mereka tertekan kerana suami dan ayah mereka adalah suspek rogol berkumpulan kata seorang pegawai kerajaan negeri itu.

Bagaimanapun demi keselamatan keluarga mangsa,pihak polis negeri itu telah memindahkan keluar mangsa ketempat yang dilindungi polis memandangkan keluarga itu telah di ancam oleh beberapa penduduk tempatan kampung berkenan.

Sumber: Eberita
HALAMAN SELANJUTNYA:


close[CLICK 2x UNTUK MENUTUP]