Wak Doyok Patutnya Dah Nikah April Lalu, Eh Apa Cerita Pula Ni?


Eh, yakah Wak Doyok sepatutnya dah berkahwin pada April lalu?

"Jika diikutkan saya sepatutnya berkahwin pada April lalu malah persiapan pun sudah dilakukan," 
katanya kepada mStar Online.

Memetik mStar Online, pelakon filem Abang Long Fadil 2 itu bagaimanapun mendedahkan hubungan mereka putus di tengah jalan.

"Tetapi jodoh itu di tangan Allah, semua yang dirancang tidak menjadi dan saya anggap tiada jodoh di antara kami," ujarnya.

Siapa wanita yang sepatutnya menjadi pasangan hidup ikon fesyen itu? Jangan ditanya sebab Wak sendiri tak mahu mendedahkan identitinya.


Pemilik nama Mohd Azwan Md Nor, 38, menjelaskan buat masa ini dia ingin mengasah lagi bakatnya dalam bidang lakonan.

Menurut Wak, jika diberi peluang bercinta sekali lagi dia berharap dipertemukan dengan seseorang yang memahami dirinya selain boleh menjaga ibunya.

"Kalau dapat jodoh seorang cikgu pun apa salahnya, lagi bagus sebab boleh jaga dan ajar anak-anak.

"Ciri-ciri wanita yang saya cari tidaklah yang terlalu tinggi cukup sekadar boleh memahami saya dan menjaga ibu saya.

"Tetapi sekarang saya memang tiada sesiapa kerana mahu fokus kepada karier seni terlebih dahulu," katanya.

Siapalah agaknya wanita yang disebut-sebut itu ya? 

Sumber: CARI
HALAMAN SELANJUTNYA:


close[CLICK 2x UNTUK MENUTUP]