Remaja 14 Tahun Dicabul Dalam Kereta Lans Koperal


Alahai harapkan pegar, pegar makan padi.

Itu yang terjadi pada seorang pelajar tingkatan dua di Kuching apabila dia mengadu dicabul di dalam kereta.

Lebih mengejutkan kejadian buruk itu berlaku dalam kereta seorang anggota polis berpangkat lans koperal.

Kosmo melaporkan mangsa dikatakan disentuh suspek berusia 33 tahun yang membawanya ke tempat sunyi di Jalan Pinang Jawa, Isnin lalu.

"Mangsa mendakwa dicabul di dalam kereta suspek pada Isnin lalu selepas anggota polis berkenaan menawarkan untuk membawa mangsa ke kedai kakaknya yang berhampiran dengan rumah (suspek)," kata ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak.

Datuk Dev Kumar berkata mangsa membuat laporan lewat malam kelmarin sebelum suspek ditahan di rumahnya jam 5.40 petang semalam dan dijangka dibawa untuk perintah reman hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017. 

Sumber: CARI 


HALAMAN SELANJUTNYA:


close[CLICK 2x UNTUK MENUTUP]