Rupanya Tak Elok Makan Pisang Waktu Sarapan, Kenapa Pula?


Pisang adalah antara buah yang paling berkhasiat, namun ia bukanlah pilhan baik untuk diambil ketika sarapan. Memetik portal Boldsky, makan pisang ketika perut kosong tidak baik untuk kesihatan.

Walaupun pisang menawarkan serat sihat, kalium dan magnesium yang boleh meningkatkan tenaga, ia juga mempunyai kesan buruk terhadap kesihatan jika diambil sebagai sarapan.

1. Selamat ke ambil pisang dengan makanan lain?

Jika anda mengambil pisang bersama makanan lain yang mengandungi lemak sihat, maka ia selamat diambil sebagai pilihan sarapan anda.

2. Pisang buat anda rasa mengantuk?

Hanya mengambil pisang sebagai sarapan tanpa tambahan makanan lain mungkin akan buat anda rasa 'lemau' dan mengantuk selepas beberapa ketika.

Ia hanya membuatkan anda merasa kenyang untuk sementara waktu sahaja.

3. Bolehkah dimakan ketika perut kosong?

Mengikut pakar kesihatan, pisang sedikit berasid dan mengandungi 25 peratus gula. Oleh itu, elakkan mengambil pisang jika perut kosong.

4. Bolehkah makan pisang dengan yogurt?

Tak nak makan benda lain, nak makan pisang juga untuk sarapan? Ha, anda boleh campurkan pisang ke dalam semangkuk yogurt atau sesudu teh mentega kacang untuk mengurangkan paras asid. 

Ia juga mampu mengelakkan daripada berlakunya perubahan mendadak paras gula dalam tubuh.

Macam-macam penemuan sekarang ya. Sekejap ambil pisang menyihatkan, sekejap membahayakan kesihatan. Nak selamat, janganlah makan pisang semata-mata sebagai sarapan anda. Apapun, dapatkan nasihat yang lebih pakar jika anda masih was-was. 

Sumber: CARI forum
HALAMAN SELANJUTNYA:


close[CLICK 2x UNTUK MENUTUP]